Wan Rohaimi Wan Ismail. Foto FB Penang FC.

KUALA LUMPUR – Penang FC mengesahkan Wan Rohaimi Wan Ismail akan terus bergelar Ketua Jurulatih kelab itu bagi Liga Malaysia musim 2026/2027.

“Wan Rohaimi Wan Ismail akan terus memimpin Penang FC sebagai Ketua Jurulatih bagi musim 2026/2027.

“Dengan semangat, komitmen dan visi, ayuh bersama mengharungi cabaran musim baharu demi mencapai lebih banyak kejayaan buat Harimau Kumbang,” tulis Penang FC di Facebook rasminya sebentar tadi.

Wan Rohaimi, 50, memulakan tugasnya serta-merta bagi mempersiapkan pasukan Harimau Kumbang untuk menghadapi baki perlawanan hingga hujung musim Liga Super 2024/2025.

Beliau yang merupakan bekas Penolong Ketua Jurulatih KL City FC pernah beraksi sebagai pemain profesional selama lebih 15 tahun, mewakili pelbagai kelab utama di Malaysia dan meraih lebih 40 cap kebangsaan.

Musim lalu, Wan Rohaimi membawa Penang FC di kedudukan kelapan dalam Liga Super menerusi enam kemenangan, tujuh kekalahan dan 11 seri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast