Penduduk pelbagai lapisan khususnya warga Muar menikmati sate sebagai pilihan sarapan yang mencerminkan budaya tempatan serta identiti unik daerah itu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Restoran Cenderawasih, Muar, Johor, Foto MOHD ADZLAN, 02 JULAI 2026.

MUAR – Apabila berbicara tentang sarapan pagi di Malaysia, kebanyakan orang akan membayangkan nasi lemak, roti canai atau kuih muih. Namun, di Muar, Johor, pagi hadir dengan aroma yang berbeza. Belum pun kota ini benar-benar sibuk, kepulan asap daripada bara arang mula memenuhi ruang gerai, manakala deretan sate ayam dan daging dibakar tanpa henti untuk pelanggan yang sudah menunggu.

Di sinilah keunikan Muar terserlah. Ketika kebanyakan tempat menghidangkan menu sarapan yang lazim, bandar ini terus mempertahankan tradisi menikmati sate pada waktu pagi.

Tradisi sarapan sate di Muar dipercayai bermula hasil penghijrahan masyarakat Jawa ke Johor pada penghujung abad ke-19. Mereka membawa bersama resipi sate dari Kepulauan Jawa yang kemudiannya berkembang menjadi budaya tempatan dan kekal sebagai antara identiti kulinari paling unik di Muar hingga hari ini.

Keunikan ini menarik ramai pengunjung dari luar Muar. Ada yang sanggup datang dari negeri berhampiran semata-mata untuk menikmati sate pada waktu pagi, ketika bandar lain masih perlahan memulakan hari. Di celah asap bara dan aroma daging bakar, gerai-gerai ini jadi saksi satu rutin pagi yang sudah lama hidup bersama masyarakat setempat.

Peniaga mula membakar sate bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memilih hidangan itu sebagai menu utama sarapan sekali gus mencerminkan budaya tempatan serta identiti unik daerah itu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Restoran Cenderawasih, Muar, Johor, Foto MOHD ADZLAN, 2 JULAI 2026.

Penduduk pelbagai lapisan khususnya warga Muar menikmati sate sebagai pilihan sarapan yang mencerminkan budaya tempatan serta identiti unik daerah itu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Restoran Cenderawasih, Muar, Johor, Foto MOHD ADZLAN, 2 JULAI 2026.
Peniaga menghidangkan sate kepada pelanggan sebaik selesai dibakar ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Restoran Cenderawasih, Muar, Johor, Foto MOHD ADZLAN, 2 JULAI 2026.
Penduduk pelbagai lapisan khususnya warga Muar menikmati sate sebagai pilihan sarapan yang mencerminkan budaya tempatan serta identiti unik daerah itu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Restoran Cenderawasih, Muar, Johor, Foto MOHD ADZLAN, 2 JULAI 2026.
Sate daging batang pinang dijual pada harga RM1.30 secucuk manakala sate ayam RM1.20 secucuk sekali gus kekal menjadi pilihan pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Restoran Cenderawasih, Muar, Johor, Foto MOHD ADZLAN, 2 JULAI 2026.
Kuah kacang yang dimasak menggunakan resipi turun-temurun menjadi pelengkap hidangan sate dan antara faktor yang mengekalkan keenakan sajian popular penduduk Muar ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Restoran Cenderawasih, Muar, Johor, Foto MOHD ADZLAN, 2 JULAI 2026.
Penduduk pelbagai lapisan khususnya warga Muar menikmati sate sebagai pilihan sarapan yang mencerminkan budaya tempatan serta identiti unik daerah itu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Restoran Cenderawasih, Muar, Johor, Foto MOHD ADZLAN, 2 JULAI 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast