Usahawan batik, Maimunah Yaacob, 58, menunjukkan blok batik dan hasilnya yang mengangkat martabat warisan tradisi selatan tanah air ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ranorm Batik Creation, Kota Tinggi. Foto SADIQ SANI, 03 JULAI 2026.
KOTA TINGGI – Walaupun batik sering dikaitkan dengan Kelantan dan Terengganu, namun tidak ramai yang mengetahui Johor juga memiliki batik beridentitikan negeri itu. Anak jati Tanjung Sedili, Maimunah Yaacob, 58, muncul sebagai pelopor batik Johor menerusi perusahaan Ranorm Batik Creation yang diasaskannya. Keunikan batik hasil sentuhan beliau terserlah menerusi motif-motif yang diinspirasikan daripada identiti negeri Johor seperti lada hitam, gambir dan gabus, sekali gus mengangkat warisan serta kekayaan negeri itu ke dalam seni tekstil tempatan. Produk batik yang dihasilkan dijual pada harga antara RM160 hingga RM180, sesuai dengan nilai seni dan keaslian rekaannya.
Usahawan batik, Maimunah Yaacob, 58, melakukan kerja-kerja mengecop batik, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ranorm Batik Creation, Kota Tinggi, Johor. Foto SADIQ SANI, 03 JULAI 2026.Kerja-kerja mewarna batik yang dilakukan, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ranorm Batik Creation, Kota Tinggi, Johor. Foto SADIQ SANI, 03 JULAI 2026.Usahawan batik, Maimunah Yaacob, 58, melakukan kerja pengeringan batik ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ranorm Batik Creation, Kota Tinggi, Johor. Foto SADIQ SANI, 03 JULAI 2026.Antara produk batik bermotifkan lada hitam, gambir dan gabus yang dipamerkan untuk jualan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ranorm Batik Creation, Kampung Singapura, Kota Tinggi, Johor. Foto SADIQ SANI, 03 JULAI 2026.