KUALA LUMPUR – Penang FC mengumumkan kehadiran Muhammad Fazly Mazlan sebagai sebahagian daripada skuad Harimau Kumbang bagi menghadapi saingan musim 2026/2027.
Pengumuman pemain pertahanan itu dibuat kelab skuad Harimau Kumbang itu di laman sosialnya hari ini.
“Pemain pertahanan ini hadir dengan pengalaman luas dalam kancah Liga Malaysia bersama beberapa kelab termasuk Johor Darul Ta’zim, Selangor FC, Melaka United serta Kelantan FC selain pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia di peringkat antarabangsa,” kata Penang FC.
Sementara itu, Fazly percaya setiap pasukan mempunyai cerita tersendiri, dan gembira dapat menjadi sebahagian daripada kisah Penang FC.
“Kini fokus saya hanyalah bekerja keras dan membantu pasukan,” katanya.
Fazly kembali menyertai Selangor FC untuk musim 2025/26 selepas menyertai Gergasi Merah sejak 2021.
Untuk rekod, anak kelahiran Klang yang bermain di posisi pertahanan kiri itu merupakan pemain pasukan JDT sejak tahun 2015 dengan 36 penampilan sebelum ini dipinjamkan ke Sri Pahang FC bagi menguatkan lagi barisan pertahanan pasukan tersebut.
Fazly atau mesra dikenali sebagai BJ juga pernah melakukan debut bersama pasukan senior Harimau Malaya pada November 2015 sewaktu usianya 21 tahun dan merupakan antara pemain muda yang berjaya membuat 15 penampilan pada ketika itu. – MalaysiaGazette
















