Halimathon Meon

SEGAMAT – Ceramah kempen semakin panas, jentera parti semakin rancak bergerak dan calon pula berlumba-lumba mengetuk setiap pintu rumah demi meraih sokongan menjelang Pilhan Rayua Negeri ke -16 (PRN Johor ke-16)

Namun apa yang lebih bagi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, segala kempen itu belum cukup untuk memenangi hati mereka.

Apa yang lebih penting kepada mereka adalah memastikan wakil rakyat yang dipilih nanti tidak hilang sebaik tamat pilihan raya sebaliknya terus bersama rakyat ketika mereka berdepan cabaran kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pembangunan yang masih dinanti.

Seperti dijaudualkan, pengundi di DUN Pemanis akan memunaikan tanggunjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Johor ke -16 (PRN) pada 11 Julai ini.

Ketika musim ini kempen PRN Johor ada di mana-mana oleh setiap calon bagi meraih undi dengan menambat hati pengundi masing-masing agar memangkah mereka.

Namun apa yang bermain di hati rakyat agar mereka tidak hanya pandai membuat janji manis sebaliknya berharap agar calon mengotakan janji yang dibuat, sama ada kerajaan atau pembangkang.

Bagi peniagq Halimathon Meon, 61,  beliau tidak sabar menunaikan tanggungjawab kali empat sebagai pengundi di negeri ini.

Ujarnya yang  menjadi keutamaan bagi rakyat melihat pada manifesto yang dibawa bukan kepada calon semata-mata

“Susana kempen meriah, sana sini ada poster dan sudah kenal calon bersama manisfesto mereka, ada yang tengok berdepan ada yang scara sosial media. Cuma sebagai rakyat harapnya mereka tidak berjanji semata-mata, biasa sebelum ini hanya janji manis sahaja.

“Kami berharap buatlah seperti dijanjikan apabila menang nanti. Harapnya bawa kebaikan kepada bangsa Johor, jangan macam  lepas-lepas, “ katanya.

Seperti biasa rakyat di DUN Pemanis dahagakan peluang pekerjaan dan pembangunan seiiring ibu negeri Johor.

Malah, katanya, daerah Segamat yang bersempadan dengan Pahang seharusnya membolehkan pelbagai pembagunan dilaksana dan bukannya semakin sepi apabila ramai golongnya belia berhijarah ke luar mencaeri pekerjaan.

Sementara itu bagi Mohd Fikri Amran, 35, berpendapat, gerak kempen berjalan lancar dan mengakui sudah didekati oleh semua calon yang bertanding di kawasannya.

Mohd Fikri Amran

“Semua calon berlumba-lumba nak menunjukkan kewibawaan semasa kempen oleh calon, dan nampaknya mereka bersaing secara sihat serta beramah mesra dengan penduduk.

“Harap dekati rakyat diteruskan bila memang nanti. Kita tidak mahu tersalah pilih tapi kalau calon yang menang dihati rakyat tolonglah bantu anak muda.

“Jangan muncul masa nak dapat kepercayaan dan undi rakyat, bila sudah menang nanti nak nampak batang hidung pun susah,” katanya.

Nurul Natasya Alias, 32, pula berharap kerajaan negeri meneruskan bantuan kepada golongan yang memerlukan selain mengawal harga barang.

“Harap harga barang kekal rendah dan kalau boleh ada bantuan kepada peniaga kecil seperti kami, setakat ini, alhamdulillah.

Nurul Natasya Alias

“Kali kedua mengundi nanti dan kami dapat teruskan kehidupan dengan cari makan dengan baik,” tambahnya.

Selain itu Suhaila Mat Piah, 50, yang bakal menunaikankan tanggungjawab sebagai pengundi di sini selepas berhijrah dari Kuala Lumpur ke Segamat.

Bekas pesara tentera ini tampil menyuarakan agar kerajaan yang ditentukan selepas 11 Julai ini dapat menjaga rakyat dan bukan terus hilang selepas menang.

“Jangan janji dan bayangnya lenyap selepas musim kempen dan mengundi. Kita mahukan pembaharuan dan tolong tunaikan janji sebelum ini yang tak tertunai.

“Kehidupan rakyat susah, banyak rungutan dari anak muda. Daripada segi harga diesel dan petrol selain tol, tak tertunaikan pun sampai hari ini. Kalau duduk setempat tidak mengapa tapi kalau kerja jauh memang tak cukup pun BUDI.

“Kenaikan bahan api menjejaskan kenaikan harga barang, macam aman peniaga nak jual? Jualan kasih boleh dapat ayam murah, kalau tempat lain tak tahu lah,” rungutnya.

Pada PRN Johor kali ini, saingan tiga penjuru di DUN Pemanis di antara penyandangnya, calon Barisan Nasional (BN), Anuar Abd. Manap dan calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Ariventharan Anandan serta calon PH, Jalex Lee En Xiang.

Terdahulu PRN Johor 2022, calon BN, Anuar menang dengan 8,678 undi (50.33%) dan majoriti 4,187 undi.

Calon PKR, Yoong Thau meraih 4,491 undi (26.05%), diikuti calon PN, Uzzair Ismail dengan 3,825 undi (22.19%) manakala calon Pejuang, Azita Amrin memperoleh 247 undi (1.43%) di DUN Pemanis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast