Gambar JBPM Pahang

KUANTAN – Dua maut manakala dua lagi cedera dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Raub-Lipis berhampiran JPJ Benta, Lipis awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, kejadian dilaporkan berlaku pukul 6.21 pagi.

“Anggota bomba tiba di lokasi mendapati terdapat kemalangan membabitkan sebuah Proton Pesona dan sebuah Toyota Hilux.

“Terdapat seorang lelaki di luar kereta manakala seorang lagi wanita tersepit di dalam di dalam kereta sama. Dipercayai pemandu dan seorang penumpang yang menaiki Toyota Hilux telah dibawa ke Hospital Lipis sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya bertindak segera mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi terbabit.

Salahuddin turut memaklumkan lelaki yang berada di luar kereta itu juga disahkan telah meninggal dunia dan kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast