Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memberi jaminan, tiada individu yang akan dilindungi berhubung siasatan polis melibatkan insiden salah laku murid di sebuah sekolah di Rawang, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, JPN Selangor memaklumkan, pihaknya memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

“JPN Selangor mengambil serius mengenai penularan video berkaitan insiden melibatkan salah laku murid sebuah sekolah di Rawang baru-baru ini.

“Insiden ini sedang dalam perhatian polis dan JPN Selangor tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid.

“Sesiapa sahaja yang didapati bersalah akan diambil tindakan tegas selaras peraturan sedia ada. `Orang ramai dinasihatkan agar menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan,” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Pada 10 Julai lalu, media melaporkan, satu kes buli membabitkan pelajar sekolah dilaporkan dipercayai berlaku di Rawang selepas video kejadian tular di media sosial hari yang sama.

Video berdurasi 35 saat yang dimuat naik menerusi platform Thread itu memaparkan tindakan agresif seorang remaja lelaki berpakaian seragam sekolah terhadap seorang pelajar lain.

Dalam rakaman berkenaan, pelajar terbabit dilihat bertindak memukul dan melempar mangsa sebelum menumbuk beberapa kali di bahagian muka serta badan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast