Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal

SHAH ALAM – Seorang pegawai penguat kuasa Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang menerima ugutan tembak ketika sedang melaksanakan tugas rasmi.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata laporan terhadap suspek yang dipercayai merupakan seorang ejen sebuah syarikat telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang jenayah yang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

“AKPS menegaskan bahawa sebarang bentuk ugutan, intimidasi, gangguan atau cubaan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas adalah perbuatan yang serius dan tidak akan dikompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata pihaknya juga komited untuk mempertahankan keselamatan serta kebajikan pegawainya dalam melaksanakan amanah menguatkuasakan undang-undang dan melindungi keselamatan sempadan negara.

Beliau berkata AKPS akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan yang sedang dijalankan dan menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

“Mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang akan berdepan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast