Nahas dua treler di Kampung Tebuk Marso, Sungai Besar awal pagi tadi. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala isterinya mengandung tujuh bulan cedera dalam kemalangan melibatkan dua treler di jalan besar dekat Kampung Tebuk Marso, Sungai Besar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar pukul 2.49 pagi.

Susulan itu seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik anggota tiba, kemalangan membabitkan sebuah treler Hino yang membawa muatan besi 36 tan dengan seorang pemandu dan treler Volvo membawa kontena dengan dua individu.

“Di dalam treler Volvo terdapat seorang penumpang iaitu wanita berusia 26 tahun telah berjaya dikeluarkan orang awam dan mengalami kecederaan ringan sebelum pihak bomba sampai.

“Manakala pemandunya iaitu lelaki yang juga suami mangsa, 27 tahun ditemui tersepit di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ashrul Riezal, seorang lagi mangsa iaitu pemandu treler Hino terselamat dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit segera dijalankan.

“Mangsa yang tersepit di dalam treler Volvo berjaya dibawa kelar sekitar 4.15 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Manakala isterinya yang mengandung tujuh bulan dan cedera ringantelah dihantar ke hospital, jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast