Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang wanita berdepan detik cemas selepas dicabul pemandu e-hailing dalam kejadian di jalan hadapan sebuah hotel di Sepang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 20-an jam 8.45 malam pada 16 Julai lalu.

Dalam siasatan awal mendapati, mangsa telah menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

“Dalam perjalanan, suspek lelaki tempatan berusia 40-an dipercayai meminta mangsa duduk di tempat duduk hadapan sebelum  bertindak menyentuh peha kanan mangsa sebanyak dua kali tanpa kerelaannya dan menyebabkan mangsa bertindak keluar dari kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya telah mengenal pasti suspek dan keterangan sudah dirakam bagi membantu siasatan.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Siasatan telah dilengkapkan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi arahan selanjutnya,” jelasnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast