Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata PDRM dan MCMC sedang menyiasat dakwaan akaun media sosial palsu, termasuk menjalankan analisis forensik bagi mengesahkan kesahihan kandungan yang dimuat naik. Setakat ini, dakwaan itu belum dapat disahkan dan siasatan masih diteruskan.















