Sultan Mizan Zainal Abidin

KUALA LUMPUR – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kini berada dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan di luar negara.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dalam satu kenyataan, hari ini. keadaan sihat walafiat.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Baginda,” kata kenyataan tersebut.

Semalam, semua masjid dan surau di Terengganu diarahkan untuk mengadakan solat hajat khas bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Mizan Zainal Abidin.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam kenyataannya memohon kerjasama pengurusan masjid dan surau di seluruh negeri ini untuk melaksanakan solat hajat khas selepas solat Jumaat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast