Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad menyantuni pengundi ketika berkempen dari rumah ke rumah di Taman Paroi Jaya, Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad menolak dakwaan kononnya berlaku sogokan wang kepada pengundi awal sambil menegaskan budaya membeli undi hanya menghina kebijaksanaan rakyat.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk menyogok pengundi sebagaimana didakwa pihak tertentu.

“Bagi kami, biarlah rakyat membuat penilaian berdasarkan kematangan mereka. Memberi sogokan seolah-olah kita merendahkan intelektual para pengundi,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Nor Azman Mohamad menyantuni pengundi ketika berkempen dari rumah ke rumah di Taman Paroi Jaya, Seremban, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad menafikan dakwaan kononnya anggota pasukan itu disogok dengan wang dan diarah menyerahkan nombor siri kertas undi bagi menyokong PH pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Negeri Sembilan.

Nor Azman berkata lagi, beliau berpegang kepada kenyataan Ketua Polis Negeri itu dan mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti kepada pihak berkuasa sekiranya wujud usaha membeli undi untuk memenangkan PH.

“Saya berpegang kepada kenyataan Ketua Polis Negeri. Kalau benar ada bukti, kemukakan bukti itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast