Jaguh Muay Thai negara Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (kiri) tewas kepada petarung Lubnan, Ramadan Ondash, menerusi keputusan ‘split decision’ pada aksi ONE Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok. Kredit : FB ONE Championship

KUALA LUMPUR – Jaguh Muay Thai negara Muhammad Johan Ghazali Zulfikar tewas kepada petarung Lubnan, Ramadan Ondash, menerusi keputusan ‘split decision’ pada aksi ONE Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok, hari ini.

Muhammad Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo terpaksa akur dengan keputusan itu selepas mengharungi pertarungan sengit selama tiga pusingan.

Pada aksi berkenaan, Ramadan meningkatkan tekanan menerusi siri serangan padu pada pusingan kedua, namun Jojo mempamerkan ketahanan tinggi untuk bertahan sebelum mengheret pertarungan ke pusingan penentuan.

Memasuki pusingan ketiga, atlet berusia 19 tahun itu menggandakan asakan bagi memburu kemenangan, namun kegagalannya melakukan pukulan penamat knockout (KO) menyaksikan keputusan perlawanan ditentukan menerusi penghakiman juri.

Kekalahan itu merupakan yang kedua berturut-turut buat Jojo selepas tewas kepada wakil Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan sebulat suara pada ONE Samurai pada April lepas.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast