SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) difahamkan mengekalkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh dan Pertang.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, kedua-dua kerusi itu didapati dimenangi BN selepas semua saluran dikira.
Di Juasseh, BN secara tidak rasmi mendapat 6,904, dan Pakatan Harapan (PH) hanya mendapat 2,870.
Bersatu hanya mendapat 506 undi.
Pada Pilihanraya 2023 lalu, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 78 undi.
Di DUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan mendapat 6,312 undi mendahului PH dengan 2,593 undi dan Bersatu hanya mendapat 367 undi.
Jalaluddin secara tidak rasmi mendapat 3,719 undi. – MalaysiaGazette
















