Tan Cheng Hoe (kiri) bersama pemain tengah Wan Kuzain Wan Kamal ketika sidang media pra-perlawanan Piala Hyundai ASEAN 2026 antara Malaysia menentang Filipina di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kehangatan aksi terakhir Kumpulan B antara Malaysia bertemu Filipina semakin hangat selepas jualan tiket yang dikhaskan buat para penyokong tuan rumah telah habis terjual.

Sambutan luar biasa itu gara-gara pemburuan Harimau Malaya yang merebut tempat ke separuh akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pukul 9 malam esok.

Malaysia ketika ini berada di kedudukan ketiga Kumpulan B dengan enam mata dan kemenangan ke atas Filipina menjadi buruan utama bagi memastikan tiket ke separuh akhir berada dalam genggaman.

Filipina pula menghuni tangga keempat dengan tiga mata dan peluang untuk mara boleh dikatakan sudah tertutup.

Sementara itu, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur yang mampu menampung kira-kira 18,000 orang penonton dipilih bagi menggantikan TM Stadium Nasional berikutan kerja-kerja penggantian trek balapan bagi persiapan Sukan SEA 2027.

Anak buah Tan Cheng Hoe ketika ini membuat persiapan terbaik dari segi mental dan fizikal untuk beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri bagi melayakkan pasukan ke separuh akhir Piala Hyundai ASEAN 2026.

Namun para penyokong pelawat, Filipina masih boleh mendapatkan tiket yang masih belum terjual sepenuhnya.  – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast