Fadhlina menyempurnakan perasmian Program MADANI Kita di Simpang Ampat, Pulau Pinang hari ini.

NIBONG TEBAL – Ibu bapa kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan pakaian seragam sekolah secara ansuran menerusi kemudahan yang disediakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kemudahan itu memberi ruang kepada ibu bapa yang perlu menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak pada setiap awal sesi persekolahan, khususnya mereka yang mempunyai ramai anak.

“Sebagai Ahli Parlimen, perkara berkaitan pakaian seragam sekolah ini sering menjadi antara permintaan ibu bapa.

“Saya melihat ini sebagai satu program yang sangat baik untuk rakyat dan saya juga berhasrat memberikan komitmen terhadap projek ini, khususnya bagi persiapan persekolahan tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program MADANI Kita di Simpang Ampat di sini, hari ini.

Fadhlina.

Fadhlina berkata, kemudahan pembayaran secara ansuran itu bukan sahaja memudahkan urusan mendapatkan pakaian seragam, malah dapat mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung ibu bapa pada setiap awal sesi persekolahan.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, kewujudan NADI turut memberi ruang kepada kerajaan untuk berhubung secara lebih dekat dengan masyarakat menerusi pelbagai program yang disediakan.

Katanya, selain menawarkan kemudahan berkaitan kelengkapan persekolahan, NADI turut mempunyai program tuisyen dan aktiviti e-sukan.

“Platform ini sangat penting untuk menyampaikan aspirasi, suara dan pendirian kerajaan berkaitan pelbagai isu, selain memberi ruang kepada agensi kerajaan untuk berinteraksi dengan masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast