Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA), helikopter jenis Sikorsky S-64 yang membawa dua individu terhempas berhampiran Richfield, Utah, kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan (5 petang GMT).
Pegawai bomba berkata, helikopter berkenaan terhempas berhampiran kawasan kebakaran Widemouth 2, yang kini merupakan kebakaran hutan kedua terbesar di Utah bagi musim kebakaran 2026.
Pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian, menurut pihak berkuasa. Bagaimanapun, maklumat mengenai keadaan kedua-dua individu yang berada di dalam helikopter itu masih belum diperoleh.
Kebakaran hutan yang berpunca daripada sambaran petir itu dikesan pada 27 Julai lalu dan telah memusnahkan lebih 105,000 ekar (kira-kira 425 kilometer persegi) kawasan, dengan 19 peratus kebakaran berjaya dikawal, menurut Utah Fire Info, sumber maklumat awam antara agensi mengenai kebakaran hutan di negeri berkenaan. – Agensi
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















