IPU di beberapa kawasan di Sarawak pagi ini.

KUCHING – Lima kawasan di Sarawak dilaporkan masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 8 pagi ini, berbanding enam kawasan petang semalam.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Kuching (153), diikuti Samarahan (156), Serian (170), Bintulu (156) dan Samalaju (151).

Semalam, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata jerebu rentas sempadan dijangka menjejaskan 19 kawasan di Sarawak dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan corak angin semasa membawa asap daripada titik panas di wilayah jiran ke negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kawasan dikenal pasti ialah Betong, Bintulu, Daro, Julau, Kanowit, Kuching, Lundu, Marudi, Miri, Mukah, Pakan, Samarahan, Saratok, Serian, Sibu, Simunjan, Song, Sri Aman dan Tatau. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast