Tangkap layar video pergaduhan yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung pergaduhan berkumpulan yang tular di media sosial membabitkan sekumpulan lelaki warga asing di sebuah restoran di Jalan Memanda, Ampang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian kira-kira jam 11 malam itu turut mengakibatkan kerosakan harta benda di premis berkenaan.

“Akibat pergaduhan, seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan ringan pada bahagian badan.

“Susulan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 148, Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Seksyen 148 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi Seksyen 323, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, manakala Seksyen 427 memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here