Beng Suat (dua dari kiri) bertemu Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Malaysia, Thepthavone Sengmany.

GEORGE TOWN – Dewan Usahawan Progresif Malaysia (MPE) berharap lebih ramai usahawan dan pemain industri dari Laos menyertai ASEAN+3 Young Leadership Summit (FoodTech & Trade) yang bakal berlangsung pada Mei tahun depan.

Penasihat Kehormat MPE, Datuk Dr. Lim Beng Suat berkata, sokongan Kedutaan Republik Demokratik Rakyat Laos di Malaysia penting bagi membuka peluang kepada lebih banyak syarikat dan wakil industri negara itu menyertai program berkenaan.

Beliau berkata, perkara tersebut dibincangkan dalam kunjungan hormat MPE ke kedutaan berkenaan yang turut disambut Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Malaysia, Thepthavone Sengmany.

“Kita turut memohon sokongan duta besar berkenaan bagi menggalakkan penyertaan dewan perniagaan, usahawan, pengilang serta wakil pelbagai sektor industri dari Laos.

“Kami amat menghargai sambutan positif dan sokongan yang diberikan terhadap penganjuran sidang kemuncak ini,” katanya di sini.

Menurutnya, ASEAN+3 Young Leadership Summit (FoodTech & Trade) turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh jaringan dan padanan perniagaan, selain membuka peluang perdagangan serta kerjasama rentas sempadan.

“Program ini akan menjadi platform kepada syarikat, usahawan dan pemimpin muda dari pelbagai negara untuk berhubung, berkongsi pandangan serta membina kerjasama strategik.

“Kita berharap penglibatan lebih ramai pemain industri dari Malaysia dan Laos dapat terus mempererat hubungan kedua-dua negara dalam bidang keusahawanan dan perdagangan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here