RYT Bank

KUALA LUMPUR –  Ryt Bank muncul sebagai antara bank digital terbesar di Malaysia selepas merekodkan lebih 1.5 juta pelanggan hanya setahun selepas dilancarkan.

Pencapaian itu dicapai dalam tempoh 12 bulan, menunjukkan penerimaan pantas rakyat Malaysia terhadap pengalaman perbankan digital yang berteraskan kecerdasan buatan (AI).

Menurut Ryt Bank, lebih 10 juta interaksi dengan Ryt AI direkodkan sepanjang tahun pertama operasinya, dengan teknologi itu digunakan pelanggan untuk mengurus pelbagai urusan perbankan harian.

Ryt Bank turut menawarkan pengalaman perbankan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina, dengan matlamat menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah diakses mengikut cara pelanggan berkomunikasi dan menjalani kehidupan seharian.

Pada Februari lalu, aplikasi Ryt Bank turut menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di Malaysia menerusi Apple App Store dan Google Play, selain menduduki tangga pertama kategori kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Interim Ryt Bank, Wilson Soon berkata, pencapaian itu membuktikan terdapat permintaan terhadap pendekatan baharu dalam perkhidmatan perbankan.

“Belum pernah ada bank seperti ini dibangunkan di Malaysia dan pasukan yang menjadikannya satu realiti terdiri sepenuhnya daripada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Ryt AI dikuasakan oleh ILMU, model bahasa besar berdaulat yang dibangunkan di Malaysia oleh YTL AI Labs, membolehkan teknologi berkenaan memahami resit, imej dan lampiran serta mengendalikan beberapa permintaan dalam satu perbualan.

Antara ciri terbaharu diperkenalkan ialah Ryt Groups yang memudahkan pelanggan membahagikan dan menyelesaikan perbelanjaan bersama dengan hanya mengimbas resit, sebelum sistem mengenal pasti pembelian, mengambil kira SST serta caj perkhidmatan dan mengira jumlah perlu dibayar setiap individu.

Wilson berkata pencapaian tahun pertama itu bukan penghujung perjalanan Ryt Bank, sebaliknya menjadi asas untuk memperluaskan lagi pengalaman perbankan yang lebih mudah, pintar dan intuitif menerusi teknologi AI.

“Tahun pertama kami telah jauh melangkaui jangkaan dan menyedarkan kami betapa banyak lagi yang boleh dilakukan. Kami berbangga dengan apa yang telah dibina, tetapi lebih teruja dengan apa yang bakal hadir selepas ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here