Anggota polis mengawal kawasan insiden kes bunuh melibatkan serangan sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di hadapan Pejabat Urusan Carsome, Jalan Mandolin 33/5, Seksyen 27, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 25 OGOS 2026.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki India yang disyaki terlibat dalam pergaduhan sekumpulan lelaki di Jalan Mandolin 33/5 Taman Alam Megah, Shah Alam hingga menyebabkan kematian seorang mangsa, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Sarudin Samah berkata, lelaki berkenaan ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Tambahnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan hendaklah dihukum dengan Penjara sehingga minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali.

Menurut Sarudin, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 petang tadi.

“Semakan rakaman cctv juga mendapati bahawa terdapat sekumpulan lelaki bergaduh sehingga berlaku tetakan diantara meraka.

“Terdapat sebuah kenderaan jenis Perodua Alza berwarna biru telah melanggar salah seorang daripada suspek sehingga menyebabkan kematian ditempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Tambahnya, kes disalurkan kepada Pasukan Operasi JSJ IPD Shah Alam bagi mengesan suspek- suspek yang terlibat dalam kejadian ini.

ihak Polis juga meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkait kejadian tersebut atau mana- mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Shamsiah Noor Zakaria di talian 0128308706 atau mana-mana balai Polis yang berdekatan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Dua lelaki ditetak sekumpulan individu di Seksyen 28

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here