MELAKA – Demi mendapatkan tempat duduk di barisan hadapan, seorang pengunjung sanggup hadir seawal pukul 3 pagi ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka di Persiaran Pantai Klebang, hari ini.
Fatin Nabila Ismail, 30, berkata, dia mahu menyaksikan sendiri acara sambutan itu dari jarak dekat selain tidak mahu melepaskan peluang merasai kemeriahan sambutan kemerdekaan bersama ribuan rakyat.















