Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Majlis Peluncuran Laman Padi sempena MAHA 2026 di MAEPS, Serdang. Foto SADIQ SANI, 31 OGOS 2026.

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memohon peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2027 bagi menghadapi kemungkinan El Nino yang dijangka melanda Malaysia tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu berkata, peruntukan tambahan itu diperlukan bagi menghadapi keadaan kemarau dan haba yang tidak menentu.

Menurutnya, antara bantuan yang mungkin diperlukan termasuk baja serta peralatan bagi meningkatkan ketahanan tanaman.

Beliau berkata, perkara itu antara tuntutan kementeriannya bagi tahun depan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Katanya, beliau bersama Ketua Setiausaha kementerian telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Kewangan II berhubung perkara berkenaan.

“Dan ada persetujuan untuk menambahkan peruntukan terutama dalam menghadapi suasana global dan juga El Nino yang dijangka melanda Malaysia”, beliau berkata demikian semasa sidang media Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (Mou) Bersempena Maha Trade Days 2026 yang berlangsung di MAEPS, Serdang pagi tadi.

Mohamad berkata, persediaan awal perlu dibuat bagi memastikan sektor pertanian negara mampu menghadapi kesan cuaca tidak menentu berkenaan. – MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here