Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pihjak media selepas menunaikan solat Jumaat dan solat sunat jenazah di Masjid Bukit Indah di sini hari ini.

AMPANG – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Kewangan (MOF) diminta mencari penyelesaian terbaik membabitkan isu peruntukan yang timbul baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua kementerian akan  berbincang secara berhemah dalam menangani isu yang dimelibatkan pertelingkahan di media sosial secara terbuka.

“Kita bincang secara baik. Saya minta kementerian bincang, dua-dua kementerian dengan baik,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican menjelaskan, tiada sekatan terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar dan keseluruhan peruntukan bagi projek itu telah disalurkan.

Beliau sebaliknya, berkata kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berpunca daripada peruntukan tahun semasa yang hampir keseluruhannya telah dibelanjakan.

Isu itu timbul susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai masalah dihadapi kontraktor susulan kelewatan bayaran bagi projek di bawah KKDW. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here