Skuad Harimau Malaya B-19 kendalian Shukor Adan layak ke Piala Asia B-20 2027 di Hangzhou, China pada Mac dan April depan.

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya B-19 menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2027 di China selepas menewaskan Laos 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan H di Stadium Nasional Lao KM16, Vientiane, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan kumpulan dengan lima mata hasil satu kemenangan dan dua seri untuk muncul naib juara di belakang Indonesia yang mengungguli carta dengan tujuh mata.

Pencapaian tersebut sudah memadai untuk memastikan skuad kendalian Shukor Adan berada dalam kelompok tujuh pasukan naib juara terbaik yang turut layak ke pusingan akhir selepas semua aksi kelayakan di seluruh Asia dimuktamadkan.

Terdahulu, Malaysia membuka kempen dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Indonesia sebelum mengikat Australia 2-2 pada aksi kedua.

Berdasarkan kedudukan pasukan naib juara terbaik, Malaysia mengesahkan kemaraan bersama Iraq, Thailand, India, Australia, Jordan dan Syria.

Pusingan akhir Piala Asia B-20 2027 yang dijadualkan berlangsung di China pada Mac depan bakal membabitkan 16 pasukan iaitu tuan rumah China, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Iran, Uzbekistan, Qatar, Tajikistan, Malaysia, Iraq, Thailand, India, Australia, Jordan dan Syria. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here