Dr Mahathir Mohamad di IJN.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini masih lagi menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Pegawai khas Dr Mahathir bagaimanapun berkata, belum diketahui bila Dr Mahathir akan dibenarkan keluar dari IJN.

Perkembangan terbaharu ini sekali gus menafikan khabar angin Dr Mahathir berada dalam keadaan kritikal.

Bekas perdana menteri yang berusia 98 tahun dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu kerana mengalami jangkitan.

Minggu lepas kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dakwaan kenyataan fitnah mengenai isu “kutty” ditangguh kepada 19 Julai kerana bekas perdana menteri itu dimasukkan ke IJN. – MG

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast