KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang akan mula menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN),di sini bermula esok sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan oleh doktor.
“Di kesempatan ini saya mohon kemaafan andai ada sebarang kesilapan atau kekhilafan sama ada dalam pertuturan atau perbuatan saya selama ini.
“Saya juga mohonkan doa agar rawatan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah SWT,” kata Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob dalam satu kenyataan menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan yang dirancang akan berjalan lancer dan dipermudahkan Allah SWT. – MalaysiaGazette
















