Home Dunia Pekerja mogok, 800 penerbangan Lufthansa terjejas

Pekerja mogok, 800 penerbangan Lufthansa terjejas

Gambar hiasan

BERLIN – Syarikat penerbangan Lufthansa terpaksa membatalkan 800 penerbangan hari ini berikutan protes kakitangan yang berlaku di Perancis menular di Jerman.

Berikutan itu Lufthansa telah menunda separuh daripada 1,600 penerbangan, membabitkan 90,000 orang penumpang.

Air France dijangka mengalami gangguan selepas tindakan bantahan oleh kakitangan syarikat itu pada hujung minggu.

Lufthansa berkata, penerbangan yang dibatalkan itu membolehkan penumpang merancang masa pengembaraan dan datang ke lapangan terbang lebih awal.

Katanaya, protes itu tidak melibatkan kakitangannya tetapi pekerja di bahagian darat yang berlaku di lapangan terbang Frankfurt, Munich, Cologne dan Breman.

Kesatuan sekerja Verdi berkata, protes itu diadakan bagi memberi tekanan untuk kenaikan gaji 6 peratus berbanding 1 peratus yang ditawarkan.

Bagaimanapun, Lufthansa berkata, tindakan itu tidak boleh diterima kerana menjejaskan banyak penumpang.

Menurut Lufthansa, perkhidmatan dijangka kembali normal pada hari Rabu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast