Cubaan menyeludup lebih 82 tan kelapa ke Thailand ketika banjir berjaya digagalkan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa, Kelantan kira-kira jam 2.00 petang pada Khamis lalu.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dua serbuan berasingan dilakukan di Pulau Ular Pengkalan Kubor dan Kampung Simpangan, Tumpat.















