KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan berkaitan transaksi membabitkan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Menuurt DoJ, sebagai sebahagian daripada Inisiatif Jabatan Pemulihan Aset Kleptokrasi, AS telah memfailkan aduan penyitaan pada 2016 dan 2017 untuk mendapatkan aset dijejaki bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.

“Aduan ini mendakwa lebih AS$4.5 bilion telah diselewengkan daripada 1MDB dan dibersihkan menerusi jaringan shell companies (syarikat-syarikat yang tidak menjalankan aktiviti) dan akaun bank di AS dan di tempat lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, DoJ komited memastikan AS dan sistem kewangannya tidak diancam oleh individu-individu dan kleptokrat yang korup dengan menyembunyikan kemewahan yang diperolehi secara salah. – MalasiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast