Local authorities disarm bomb threats at Phuket Airport.

BANGKOK – Polis Thailand menemukan dan menyahaktifkan empat peranti letupan di lapangan terbang Phuket dan beberapa destinasi pelancongan popular di pulau peranginan itu, lapor akhbar Bangkok Post pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Sebuah motosikal yang dipasang bahan letupan ditemukan di lapangan terbang pada Rabu, manakala dua peranti ditemukan di Pantai Patong di pantai barat dan satu lagi di Tanjung Phromthep di hujung selatan pulau tersebut.

Pada Selasa, polis menahan dua suspek yang kemudian mendedahkan maklumat mengenai lokasi bahan letupan yang ditanam, menurut akhbar Khaosod. Suspek tersebut dilaporkan berasal dari wilayah Pattani di selatan Thailand. Motif mereka masih belum diketahui.

Lapangan Terbang Phuket menasihatkan para pengembara supaya memperuntukkan masa tambahan untuk urusan daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan.

— BERNAMA-dpa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast