erdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa panggilan video bersama Ahli Parlimen Islington Utara, United Kingdom, Jeremy Corbyn. Kredit: Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan solidariti global dan nekad moral yang kental amat diperlukan tatkala krisis kemanusiaan semakin meruncing di Gaza.

Dalam kemas kini di Facebook, Anwar berkata beliau mengadakan perbincangan mengenai hal itu secara maya dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British terkenal Jeremy Corbyn pada Isnin.

“Saya telah berbincang menerusi panggilan video dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British Jeremy Corbyn, menyentuh mengenai langkah kerjasama dalam kalangan negara-negara yang sehaluan … termasuk Kumpulan Hague untuk memberi lebih tekanan terhadap Israel supaya menghentikan segera genosid yang sedang berlaku di Gaza,” katanya.

Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen untuk menegakkan undang-undang antarabangsa, mempertahankan hak asasi manusia, serta memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan.

Genosid di Gaza sudah memasuki bulan ke-21 yang setakat ini mengorbankan atau mencederakan hampir 189,000 rakyat Palestin majoritinya kanak-kanak dan wanita, manakala lebih 11,000 masih hilang. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast