Kawasan banjaran Alps. foto Facebook

 

GENEVA – Mayat dua pendaki Belgium yang hilang di kawasan pergunungan Alps Switzerland 34 tahun lalu ditemukan selepas terdedah akibat pencairan Glasier Trift.

Polis wilayah kanton Wallis dalam satu kenyataan berkata, pada 26 Julai lalu, seorang pendaki melaporkan penemuan dua mayat di glasier berkenaan di selatan Switzerland, berhampiran sempadan Itali, menurut polis wilayah kanton Wallis dalam satu kenyataan.

Mayat terbabit kemudian dibawa ke Institut Perubatan Forensik di Hospital Wallis, Sion untuk proses pengenalan.

“Perbandingan terus profil DNA mengesahkan mereka adalah dua pendaki gunung yang dilaporkan hilang di kawasan Weissmies pada 1992,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua lelaki Belgium tersebut masing-masing berusia 39 dan 41 tahun ketika dilaporkan hilang.

Polis Wallis menyimpan rekod orang hilang sejak 1925, terutama membabitkan kejadian di kawasan pergunungan tinggi dan sungai.

Perubahan iklim telah mempercepatkan pencairan glasier, mendedahkan mayat pendaki yang terperangkap di dalamnya selama bertahun-tahun, malah berdekad-dekad.

Tahun lalu, tulang seorang pendaki Switzerland yang hilang pada 1994 ditemukan di sebuah glasier di Gunung Ober Gabelhorn, yang turut terletak di Wallis. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here