BAITULMAQDIS – Israel mengambil kesempatan daripada pengedaran bantuan di jalur Gaza untuk merekrut dan bertemu dengan tali barutnya, kata seoraqng pegawai keselamatan Kumpulan Hamas.
Menurut pegawai itu, dadah turut digunakan untuk mengumpan golongan muda menjadi tali barut dan memberi tugasan pengintipan kepada mereka.
“Kami telah menggagalkan cubaan menyeludup peralatan mengintip dan telefon moden kepada tali barut untuk melaksanakan misi keselamatan berbahaya,” kata pegawai tersebut seperti dipetik Al-Jazeera.
Beliau berkata, skim bantuan yang disokong Amerika Syarikat (AS) itu mencetuskan keadaan huru hara, mewujudkan persekitaran permusuhan yang meningkatkan kesengaraan kepada penduduk selain membenarkan kewujudan kumpulan penjenayah.
Berikutan itu, pegawai tersebut menggesa orang awam agar mengelak daripada terlibat dalam rancangan Israel yang menghalalkan jenayahnya.
Semalam, akhbar Israel, Yedioth Ahrnoth melaporkan dua kumpulan bersenjata menentang kumpuan Hamas di utara dan selatan Gaza selain kumpulan Yasser Abu Shabab yang beroperasi di Rafah.
Laporan tersebut yang disiarkan di laman Ynet news menyatakan pada bulan lalu sumber Pihak Berkuasa Palestin menyatakan mereka menjangkan dua lagi kumpulan akan beroperasi di Gaza pada masa depan.
Pada Rabu lalu, laporan yang memetik sumber mengesahkan tentera Israel mula bekerjasama dengan dua kumpulan bersenjata baru-baru ini.
Kumpulan tersebut’didakwa dibayar Pihak Berkuasa Palestin, menurut laporan tersebut.
Pada Rabu lalu, Mahkamah Gaza memerintahkan Abu Shabab menyerah diri dalam tempoh 10 hari atau berhadapan dengan perbicaraan tanpa kehadiran.
Beliau dituduh melakukan khianat, menubuhkan kumpuan bersenjata dan memberontak.
Sementara itu, menurut laporan Al-Jazeera, Kementerian Dalam Negeri Gaza, Israel cuba mengawal pengedaran bantuan menerusi institusi yang diragui yang menurut dasar dan objektif negara tersebut.
Kumpulan Hamas berkata, kenyataan sebelum ini menyatakan bahawa beribu-ribu orang yang menyerbu pusat pengedaran bantuan berhadapan dengan tembakan dilepaskan ke arah mereka yang mana senario tersebut menunjukkan kegagalan mekanisme penyaluran bantuan. – MalaysiaGazette
















