Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas (2025) bermula hari ini dan akan berlangsung selama 24 hari sehingga 28 Ogos, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Antara urusan penting yang dijadualkan untuk dibahaskan termasuk Rang Undang-Undang (RUU), usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2025 serta laporan tahunan dan penyata kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).















