Tangkap layar akaun Tiktok guna nama Tengku Ampuan Pahang.

KUANTAN – Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama ‘Tengku Ampuan Pahang’.

Pihak Istana Pahang dalam kenyataannya memaklumkan telah mengesan kewujudan akaun itu yang membuat beberapa hantaran berkaitan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini.

“Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hanya memiliki akaun sosial yang aktif di Instagram namun ia bersifat peribadi,” kata kenyataan itu.

Jelasnya, sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan di Facebook hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang dengan memiliki kira-kira 728,000 orang pengikut.

Manakala di platform media sosial lain seperti instagram, TikTok, Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast