Sebuah kereta remuk selepas melanggar seorang wanita yang turun dari bas di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Kota Tinggi, hari ini

KOTA TINGGI – Seorang wanita dipercayai terburu-buru turun dari bas dan melintas jalan dekat sini membawa padah apabila dilanggar sebuah kereta awal pagi ini.

Dalam kejadian di Kilometer 42, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Hamizah Ahmad yang berusia 55 tahun dan beralamat di Felda Air Tawar di sini meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, kemalangan berlaku pukul 4.10 pagi melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi warna perak.

“Kemalangan berlaku apabila kereta itu datang dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi tidak sempat mengelak dan terlanggar pejalan kaki tersebbut yang sedang berlari melintas jalan setelah turun dari bas.

“Dalam kemalangan ini pejalan kaki berkenaan mengalami kecederaan parah di pelbagai bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Kes masih disiasat awah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun, denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu lima tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast