Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri menafikan beliau pernah mengulas atau membuat sebarang kenyataan berhubung kes kematian allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Menurut Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah beliau telah difitnah dan susulan itu satu laporan polis telah dibuat oleh pihaknya.

“Saya tidak pernah bercakap dan mengulas apa-apa berkaitan kes Allahyarhamah Zara Qairina.

“Ia jelas suatu tindakan jahat dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Menurut Shamsul Anuar, selain laporan polis, beliau turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular tangkap layar kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri berhubung kes pelajar Tingkatan Satu itu.

Penafian Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berhubung tangkap layar yang memfitnah beliau,

MCMC dalam kenyataan dilapor memaklumkan kandungan itu dipercayai mengandungi maklumat palsu dan bersifat 3R (kaum, agama dan institusi diraja).

Hari ini, empat pakar patologi termasuk Pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor dipanggil membantu proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina yang dilakukan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah.

Pakar terbabit, Dr Khairul Anuar Zainun mengendalikan proses bedah siasat bersama Pakar Patologi HQE, Dr Jessie Hiu dengan dibantu dua lagi doktor.

Pelajar Tingkatan Satu itu ditemukan tidak sedarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada 16 Julai dan meninggal dunia keesokannya di HQE. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

MCMC rakam keterangan individu dipercayai sebar kandungan palsu kematian Zara Qairina

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast