Foto: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu berkaitan keskematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Suruhanjaya itu berkata, kandungan tersebut dipercayai mengandungi maklumat palsu dan bersifat 3R (kaum, agama dan Institusi Diraja) yang dikhuatiri mencetuskan kekeliruan awam selain menjejaskan kelancaran proses siasatan polis.

“Bagi membantu siasatan, individu tersebut telah dipanggil untuk sesi rakaman keterangan di Ibu Pejabat Daerah Cheras pada 9 Ogos 2025,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebuah telefon bimbit dan sekeping kad SIM telah disita untuk membantu siasatan.

Jelasnya, kes disiasat di Bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

MCMC mengingatkan orang ramai agar memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan dan berhati-hati dengan kandungan spekulasi yang boleh menuimbulkan kekelirtuan awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast