Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker didakwa menjadi batu api yang mendesak parti itu keluar dari Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi mendakwa Lin Ker ada muslihat sendiri apabila mengatakan BN adalah cengkerang kosong.

“Dia jadi batu api kerana ada muslihat sendiri. Ti Lian Ker masih bernafsu besar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Puad mendakwa Lian Ker mahu bertanding di Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang.

Namun, katanya, peluang tertutup rapat bagi Lian Ker jika BN bekerjasama dengan DAP.

Lagi pun peluang menang lagi cerah jika dapat undi solid daripada Pas.

Tambahnya, berbanding Gerakan, Lian Ker yakin Pas akan pilih MCA yang jauh lebih berstruktur.

Lagipun, dakwa Puad, Pas sanggup pinggirkan Gerakan.

Semalam, dalam hantaran di Facebook, Lian Ker berkata, BN kini ibarat ‘cangkerang kosong’ yang menunggu untuk dipecahkan’ apabila UMNO dan DAP dilihat semakin mesra dalam pelbagai acara politik.

Menurut Lian Ker, perkembangan itu menjadi satu tamparan hebat kepada MCA dan mencetuskan kekecewaan akar umbi parti yang sudah lama menjadi sekutu utama UMNO dalam BN.

“UMNO dan DAP memperlihatkan keyakinan dan keangkuhan bahawa mereka boleh memenangi pilihan raya umum akan datang dengan atau tanpa MCA atau MIC.

“Ia juga memberi isyarat bahawa DAP akan menggantikan MCA dan MIC, manakala BN kini hanyalah cangkerang kosong yang menunggu untuk dipecahkan. Ini adalah pendirian UMDAP!” tulis beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast