Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 11 OGOS 2025.

KUALA LUMPUR – Seramai lebih 6,000 veteran Anggota Tentera Malaysia (ATM) berpencen yang diberikan bantuan sara hidup, tertakluk kepada pertimbangan tertentu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ini membuktikan bantuan sara hidup kepada veteran ATM tidak hanya terhad kepada kategori tidak berpencen.

“Sebenarnya kalau kita lihat bantuan sara hidup kepada veteran ATM tidak terhad kepada satu kategori iaitu tidak berpencen tetapi berpencen pun kita ambil kira semua aspek

“Kerana kita tahu yang paling penting keluarga veteran ATM ini kebajikan mereka sentiasa kita pelihara.

“Ia terkait dengan beberapa perkara pertama kalau pencennya di bawah garis kemiskinan. Kalau pendapatannya di bawah RM1,198 kita tambah bantuan sara hidup sebanyak RM300 sebulan.

“Kedua, kita juga bagi bantuan kepada anggota berpencen, kalau mereka mempunyai anggota keluarga Orang Kurang Upaya (OKU) dan bilangan keluarga yang masih bersekolah dan seumpanya,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (Perikatan Nasional) yang meminta Kementerian Pertahanan menyatakan mekanisme saluran bantuan yang disediakan untuk veteran ATM yang terkesan selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada 4 Jun 2025 membenarkan rayuan kerajaan, Majlis ATM dan dua lagi pihak lain mengenai isu pelarasan pencen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast