Briged Tenggara PGA berjaya membanteras kegiatan penyimpanan barang kawalan bersubsidi tanpa lesen bernilai RM1.03 juta dalam Op Taring Bravo 3 pada kelmarin

KUANTAN – Briged Tenggara PGA membanteras kegiatan penyimpanan barang kawalan bersubsidi tanpa lesen bernilai RM1.03 juta dalam sebuan Op Taring Bravo 3.

Menerut satu kenyataan, serbuan pada jam 4.30 petang itu dilakukan ke atas sebuah premis di Kawasan Perindutrian Tempoyang, Mukim Kuala Lipis, pada 11 Ogos lalu.

Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan beroperasi dengan menyimpan gas bersubsidi dan gas industri tanpa lesen yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Sebanyak 679 unit tong berisi gas pelbagai jenama dan berat serta 6155 unit tong gas kosong berada dalam premis tersebut.

“Penjaga premis seorang lelaki Melayu berumur 41 tahun ditahan dan kesemua tong gas termasuk kenderaan, forklift dan sangkar besi simpanan gas di dalam premis disita.

“Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM 1.03 juta dan diserahkan kepada KPDN Pahang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast