Steven Sim.

KEPALA BATAS – DAP Pulau Pinang menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamamd Akmal Salleh berhubung perarakan yang diketuainya di diadakan di Taman Bertam Permata di sini hari ini.

Pengerusinya, Steven Sim Chee Keong berkata, perarakan itu jelas mengingkari arahan Ketua Polis Negeri, Datuk Azizee Ismail dan melanggar undang-undang selain bertujuan memprovokasi hingga menggugat ketenteraman awam.

“Polis perlu memberi isyarat jelas bahawa tindakan provokasi seperti ini tidak dibenarkan di negara ini terutamanya dalam bulan Kebangsaan yang sepatutnya menggalakkan perpaduan dan bukannya perpecahan

“Kita juga akan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Steve  Sim berkata, sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri, DAP Pulau Pinang menghormati arahan polis supaya tidak berhimpun dan tidak menggerakkan ahli serta penyokong ke lokasi berkenaan.

“Hanya wakil tempatan hadir bagi mengedarkan Jalur Gemilang sempena bulan sambutan Hari Kebangsaan sebagai usaha memupuk semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan rakyat,” katanya.

Terdahulu, lebih 500 anak muda daripada Pergerakan Pemuda UMNO, Armada Bersatu dan Pas hari ini, berarak bersama mengibarkan Jalur Gemilang sejauh 1.4 kilometer sebagai simbol perpaduan mempertahankan maruah bendera negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenapa eh DAP backup sgt pengkhianat megara ni? Sebab bangsa kah, agama kah atau sbb DAP tak rasa apa apek tu buat salah? Atsu sama2 dokong ideologi bendera terbalik?

Comments are closed.