Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengumpul keterangan daripada saksi-saksi dan individu berkaitan kejadian pelajar Tingkatan 3 yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah di Sabak Bernam, hari ini.

Sehubungan itu Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, terlalu awal untuk mengesahkan punca kejadian, termasuk spekulasi mengaitkannya dengan unsur buli.

“Pihak polis menyeru orang ramai agar tidak membuat andaian yang boleh mengganggu proses siasatan atau menjejaskan emosi keluarga mangsa.

“Polis Selangor komited untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau mengesahkan polis menerima satu laporan polis berhubung kejaduan berkenaan.

Sehubungan itu Shazeli berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jelas beliau, siasatan dilakukan daripada pelbagai sudut termasuk berkaitan keselamatan pelajaran, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakannya.

Hari ini Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar Tingkatan Tiga berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast