Pihak polis melakukan pemeriksaan lanjut terhadap 126 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang dalam Operasi Khas Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sekitar Kuantan pada malam tadi

KUANTAN – Seramai 126 individu ditahan dalam Operasi Khas Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang dijalankan di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashaari Abu Samah berkata, sebanyak tiga kumpulan serbuan digerakkan dengan pemeriksaan di beberapa lokasi kedai makan dan kawasan sekitar premis perniagaan, di Taman Golden City, Jalan Bukit Ubi, di sini.

”Antara kesalahan membabitkan tiada dokumen di Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 membabitkan 10 orang, manakala lapan lagi ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

”Lima ditahan atas kesalahan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana dua dari PATI memiliki dadah jenis syabu dengan jumlah rampasan seberat 0.62 gram.

”Manakala tiga orang didapati positif dadah ujian air kencing seorang ditahan kerana memiliki rokok tidak bercukai.” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah Ashari, seramai 102 orang dilepaskan selepas pemeriksaan lanjut dokumentasi kerana memiliki dokumen sah dan tiada kesalahan lain.

Kesemua tangkapan telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan undang-undang berkaitan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast