KUALA LUMPUR – Seramai 11 orang Ahli Parlimen penyokong kerajaan (backbencers) dilantik sebagai Friends of Ministry (FOM) bagi Kementerian Perpaduan Negara.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, FOM berperanan penting dalam memberi cadangan dan pandangan bernas bagi penambahbaikan dasar dan program kementerian tersebut.

“Demi memastikan agenda perpaduan yang inklusif, progresif dan berteraskan nilai-nilai Malaysia Madani dapat dicapai dengan lebih berkesan,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, FOM merupakan cetusan ilham oleh kelab penyokong kerajaan bagi menambahbaik serta memperkasa peranan Ahli-Ahli Parlimen dalam kalangan kerajaan sepanjang persidangan Dewan Rakyat.

Selain itu, Aaron berkata, Kementerian Perpaduan sedang sedang melaksanakan sesi libat urus di seluruh negara bagi merangka Pelan Tindakan Pembinaan Negara Bangsa.

Jelasnya, ia disusuli dengan penganjuran Persidangan Pembinaan Negara Bangsa pada Oktober ini.

Terdahulu katanya, hala tuju Utama kementerian tersebut tahun ini akan dilaksanakan menerusi empat usaha iaitu Ekosistem Perpaduan; Inisiatif Harmoni Madani, Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosiobudaya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast