JAKARTA – Barang-barang di kediaman Menteri Kewangan Indonesia dilarikan ketika tentera mengawal rumah itu, kata sumber kepada AFP, ketika bantahan terhadap polis kini merebak kepada Ahli Parlimen
Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu berhadapan bantahan di bandar-bandar utama sejak kematian pemandu teksi motosikal atau gojek, Affan Kurniawan yang dilanggar kenderaan polis semasa demonstrasi terhadap imbuhan kewangan yang diterima wakil rakyat.
Ia merupakan bantahan terbesar dan paling ganas dihadapi Presiden Prabowo Subianto yang merupakan ujian utama kepada bekas general itu dalam pemerintahan yang kurang daripada setahun dan kemarahan kini merebak kepada beberapa Ahli Parlimen.
Kediaman Menteri, Sri Mulyani Indrawati di selatan Tangerang, bandar kejiranan Jakarta, digeledah awal pagi ini sebanyak dua kali, kata jirannya Damianus Rudolf.
“Dalam kumpulan pertama terdapat berpuluh-puluh motosikal yang ditunggangi dua atau tiga orang setiap satu. Dalam kumpulan kedua, terdapat kira-kira 150 orang,” katanya kepada AFP.
“Mereka melarikan televisyen, sistem suara, perhiasan ruang tamu, pakaian, pinggan dan mangkuk,”.
Sri Mulyani tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku, menurut laporan agensi berita Antara yang memetik dua sumber.
Beliau merupakan individu berpengaruh yang pada suatu ketika dahulu berkhidmat dengan Bank Dunia sebagai Pengarah Urusan dan memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan di bawah tiga Presiden.
Para tentera yang mengawal kediaman beliau pada petang ini, apabila wartawan AFP melihat sebuah lori membawa beberapa barangan keluar dari rumah itu.
Beberapa kediaman Ahli Parlimen turut digeledah termasuk rumah Ahmad Sahroni dari parti NasDem yang bergabung dengan parti Prabowo.
Para penunjuk perasaan menyerbu kediaman tersebut malam semalam dan merosakkan barangan, termasuk kereta, lapor Antara.
Sebuah lagi rumah milik ahli politik parti NasDem, Nafa Urbach digeledah awal pagi ini, lapor media tempatan yang memetik seorang sumber.
Rumah Ahli Parlimen Eko Hendro Purnomo turut diserbu malam semalam, lapor Antara.
Protests have spread to other major cities, including Yogyakarta, Bandung, Semarang and Surabaya in Java, and Medan in North Sumatra province.
Bantahan merebak ke bandar utama lain termasuk Yogyakarta, Bandung, Semarang, Surabaya dan Medan. – AFP
















