Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang sebagai langkah yang tepat.

Pengumuman Zahid, BN tidak akan bekerjasama dengan GRS untuk PRN Sabah akan datang bukan kerana faktor taktikal semata-mata. Tetapi sudah tentu kerana kejujuran politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid semalam berkata, BN hanya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Sabah.

Dalam pada itu, Puad menegaskan, GRS sendiri lahir atas faktor pengkhianatan apabila pemimpinnya pada asalnya bersama UMNO kemudian melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum meninggalkan Bersatu dan akhirnya menubuhkan GRS.

GRS lahir atas faktor pengkhianatan. Asalnya mereka UMNO. Kemudian melompat masuk Bersatu. Akhirnya tinggalkan Bersatu dan tubuh GRS. Justeru di mana kejujuran mereka?” soalnya.

Katanya lagi, adalah sukar untuk mengelakkan ‘tikaman belakang’ sekiranya UMNO memilih bekerjasama dengan GRS dalam PRN Sabah.

Tidak mungkin GRS akan serah empat kerusi ADUN UMNO yang berpaling tadah,” tegasnya.

Puad dalam masa sama berkata, UMNO memiliki rekod pencapaian yang baik dan boleh ditawarkan kepada rakyat Sabah sebagai sandaran politik yang kukuh.

UMNO ada track record yang boleh dijual di Sabah. Lebih baik kerjasama untuk elak pertindihan kerusi dan bertanding secara friendly. Tubuh kerajaan boleh bincang kemudian,” katanya lagi.

Mengikut peruntukan, DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal sekaligus membuka laluan kepada PRN17. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast